Saturday, 29 September 2012

La Tahzan

Jangan hadirkan sedih dalam hatimu..
Jangan hadirkan duka dalam perasaanmu..
Jangan hadirkan benci dalam ujianmu..
ingatlah..
bukan kau saja yg sering diduga..
Para rasul mulia lebih terseksa..
mereka bahagia dalam derita..
mereka kaya dalam papa..
mereka merasai ramai..
walaupun kseorangan..
memadai dengan hnya ALLAH peneman hati..
itulah kebahagiaan yg sebenar..

"Boleh jadi kamu mmbenci sesuatu,pdahal ia amat baik bagi kamu. 
Dan boleh jadi kamu mncintai sesuatu,pdahal ia amat buruk bagi
kamu. ALLAH Maha mngetahui sedangkan kamu tidak
mngetahui"..(al-Baqarah:216)


Di saat kita menangis kerana tidak mampu membeli sepasang kasut,
tetpi ketahuilah,
ada orang lain yang menangis kerana tidak mampu memiliki sepasang kasut..
bersyukurlah..

Jika kau merasa kecewa, pandanglah ke sungai..
airnya tetap mengalir walaupun berjuta batu menghalang.
Jika kau merasa sedih, pandanglah ke langit,
kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu..

Thursday, 27 September 2012

Terima Kasih Ibu

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalamualaikum w.b.t . kali ni ana mahu share sesuatu cerita..insyaAllah bermanfaat utk kita semua..
erm,, kalau tgk tajuk kat atas tu mesti da tau ape yg ana mahu sampaikan kan betul x?? so ready tisu depan mata ok .. hahaha gurau je..

Sayang x pd orang melahirkan kita ke dunia ini utk mengenal erti kehidupan?? sejauh manakah syg kita kpd ibu kita?? Adakah setebal sygnye ibu kpd kita?? em jwb ye atau tdk sekarang.. thats mean klau ye jwpn anda,, apakah yg anda lakukan sbgai tanda sygnye anda kpd ibu?? pernah x terfikir,, kita x akan mampu untuk membalas semua yg telah ibu kita lakukan untuk kita sewaktu kita mula-mula lahir ke dunia sehingga saat ini.. terlalu byk pengorbanannya..

Jom hayati sekejap puisi ni..


IBU...rambutmu kini sudah mulai memutih
Kulitmu tak lagi tegang
Penglihatanmu tak lagi terang
Jalanmu kini sudah mulai goyang

Namun..apa yang terlihat
Semua itu tak pernah engkau rasakan
Semua itu tak pernah engkau pedulikan
Aku faham, semua itu demi anakmu

Sepanjang jalan engkau mengais rezeki
Sepanjang waktu engkau berhitung
Berapa lama kau dapat hari ini
untuk membayar semua letihmu

Engkau tak lagi dapat membezakan
Mana siang, mana malam
Semangat mengalahkan gemetar kakimu
Dan segala rasa lelahmu

Ini semua...untuk siapa?
Hanya untuk anakmu
Anak yang engkau impikan menjadi orang hebat
Mencapai kejayaan di dunia dan akhirat

IBU...sampai bila-bila pun,
Anakmu tak kan pernah lupa
Atas semua jasa, doa dan derita
Keringat yang engkau cucurkan

IBU...engkau sudah terlalu besar, berkorban
Hanya surga yang pantas membayar tulusmu
Hanya Tuhan yang pantas menjagamu
Dunia dan akhirat...

IBU...
Anakmu akan selalu merindumu
Doa di setiap hembus nafas ini
Terima kasih...IBU, untuk semua ikhlasmu


# ya, betul hanya Allah yang mampu membayar semua itu,, iaitu syurga..
Selagi ibu kita masih hidup,, berbaktilah kepada mereka.. bukan wang ringgit yang mereka perlukan,, tetapi kasih sayang kita yg terpenting bagi mereka.. 



Ingat lg kan sewaktu kita kecil,, siapa yg menyuapkan makanan ke dalam mulut kita?? siapa yg menghiburkan kita di saat kita menangis dan berduka?? IBU.. jd sekarang giliran kita untuk melakukan semua itu utk ibu.. walau sesibuk mana pun kita,, usahakanlah demi kgembiraan hatinya.. sesungguhnya syrga itu berada di bawah telapak kaki ibu.. sentiasalah menziarahi mereka dan kalau tdk mengizinkan,, hubungi ibu utk bertanya khabar saja sdh cukup utk menggembirakan hati dan mengubat kerinduannya.. jangan sampai kita menjadi anak yg derhaka kerana membiarkan ibu rindu pada kita tau..skrg ana nk share satu cerita pula..jom hayati dan muhasabah diri..Kisah Ibu Bermata Satu Yang Mempunyai Anak Lelaki..

 Aku tinggal di sebuahkota kecil bersama Ibuku, seorang Ibu yang hanya memiliki satu bola mata,sedang yang satunya aku tidak tahu kenapa dan aku memang tidak mau tahu kerana aku begitu benci dengan pemandangan seperti itu, sungguh tidak layak dipandang dan membuatku malu…, pikirku. Untuk memenuhi kebutuhan harian kami, ibuku bekerja sebagai tukang masak di sekolah tempat aku belajar. Suatu hari (di sekolah), ia datang menghampiriku untuk menghabiskan waktu rehatnya bersamaku. Akupun mengatakan padanya; Ibu.., mengapa Ibu kemari..?aku malu dengan teman-temanku bu.., aku tidak ingin mereka tahu kalau aku mempunyai Ibu bermata satu. Dia (Ibu) hanya diam dan pura-pura tidak mendengar perkataanku, aku pun memandangnya dengan penuh rasa kebencian. Keesokan harinya, beberapa teman dekat-ku mengejekku dengan mengatakan; “anak si Ibu mata satu”…mereka terus mengatakan hal yg sama hingga aku merasa malu dan ingin rasanya bersembunyi di tempat yg tidak diketahui siapapun…, sempat juga terfikir oleh-ku untuk menghindar jauh dari ibuku. Kenapa tidak…? Pikirku. Sejak saat itu akupun belajar dengan keras dan sungguh-sungguh untuk mendapatkan peluang beasiswa ke Singapura, dan akhirnya aku pun mendapatkannya. akhirnya aku dapat menjauh dari hadapan ibuku yg selalu membuatku malu. Aku pergi…, belajar.., menikah…, punya anak…dan akupun membeli rumah di Singapura.Aku menikmati masa-masa bahagia dari hidupku…, Hingga pada suatu hari Ibuku datang mengunjungiku, saat itu aku sedang tidak ada di rumah. Ia (ibuku) pun bermain-main dan bersenda gurau dengan anak-anakku, hingga ketika aku pulang kerja akupun terkejut melihatnya, dengan setengah berteriak aku mengatakan: Heyyy…berani benar Ibu datang kemari dan bermain dengan anak-anakku. .? keluar sekarang juga, teriakku. Ibuku menjawab; oh maaf…, sepertinya Ibu salah masuk rumah. Ia-pun keluar dan menghilang dari pandanganku. Huff..dasar, kenapa juga dia ke sini, celotehku. Beberapa bulan kemudian, aku melakukan perjalanan di daerah kelahiranku(tempat-ku sekolah dulu).sekedar hanya ingin tahu, aku pun berniat melihat rumah kami dulu (tepatnya rumah Ibuku, Ibu yang selalu membuatku malu)…, Setibanya di depan rumahku, belum sempat aku masuk ke dalam rumah, seorang jiran yang aku kenal dulu sebagai petani tua memanggilku. ., iapun mengatakan; ibumu sudah meninggal sebulan yang lalu nak, dia menitipkan surat ini untuk diserahkan padamu. Aneh…, sedikitpun aku tidak merasakan sedih ataupun kehilangan. Akupun berlalu dari pak tua itu. Sambil duduk di kerusi tua di bawah pohon cemara di depan rumah kami, perlahan namun pasti kubuka surat tersebut..: “Anakku sayang, sepanjang hari Ibu selalu memikirkanmu…, Ibu rindu denganmu nak. hanya engkaulah mutiara ibu nak. Duhai mutiara hatiku…, maafkan Ibu nak, waktu itu Ibu berkunjung ke rumahmu diSingapura tanpa memberi kabar terlebih dahulu, Ibu tidak bermaksud membuatmu malu anakku, Ibu juga tidak berniat untuk menakut nakutkan anakmu dengan keadaan ibu yang hanya memiliki satu mata…, Ibu hanya rindu dan ingin melepas rindu padamu dan cucu-cucu Ibu. Ibu mohon maaf karena sering membuatmu malu, Ibu mohon maaf kerana telah membuat hidupmu tidak tenang anakku. Ketahuilah duhai anakku sayang…, dulu ketika engkau masih kecil.., engkau mengalami kemalangan sehingga harus kehilangan satu bola matamu. Sebagai seorang Ibu,, aku tidak sanggup membiarkan engkau hidup dalam kesedihan dan tumbuh besar hanya dengan satu bola mata. Ibu tidak ingin engkau dihina oleh teman-temanmu hanya kerana satu matamu telah tiada. Oleh kerana itu, akupun memberikan satu bola mataku untukmu anakku sayang. Ibu sangat bahagia dan sangat bangga kerana anak Ibu satu-satunya dapat melihat dunia dengan mata kepalaku sendiri… Salam Cinta… Ibumu… Tanpa terasa, air mataku pun menitis…, tidak tahu apa yang dapat dikatakan, tidak tahu harus berbuat apa…, hatiku berkecamuk, air mataku semakin deras mengalir… Ibu… Maafkan anakmu ini… Si anak akhirnya, menangis dengan penuh kesal tetapi sudah terlambat untuk memohon ampun dari ibunya..

sahabat, nampak kan ape yang ibu sanggup lakukan untuk kita demi kebahagiaan kita di dunia ini sehingga ibu sendiri sanggup mengorbankan kebahagiaannya sendiri.. masyaAllah,, sunguh tak terhingga kasih ibu kepada anak yang dikandung dan dilahirkan sendiri.. hargailah mereka selagi mereka masih hidup..

ok la sampai sini dulu coretan ana sbb ade tugas yg perlu ana lakukan.. InsyaAllah nanti ade mase ana update post yg baru ok.. afwan andai ade kesalahan yg ana terlepas pandang dalam coretan ini.. sesungguhnya yg baik itu datangnya dari Allah dan yg tdk baik itu dtgnya dari kelemahan ana sendiri.. maas salamah wa ilalliqa' ... Assalamualaikum sahabat.. <((^_^))>

Baru Semalam Aku Tersedar

Baru semalam aku tersedar
Hakikat malapnya ‘imanku'
Umpama sinaran rembulan
Samar menyuluh gelita
Malap bagaikan tiada
Walau sering ‘dia' menemani
Namun aku tetap tersungkur
Datangnya ‘dia'
Perginya ‘dia'
Namun aku tetap begitu
Masih tidak aku sedari
Apakah perlunya ‘dia'
Datang bagaikan purnama?
Agar aku mengikuti jejaknya...

Baru semalam aku tersedar
Hakikat rapuhnya ‘taqwaku'
Umpama nipisnya cengkerang
Nipis menanti rekah
Retak menunggu belah
Walau waspada itu pasti
Namun rebah tetap menanti
Datangnya laknat
Perginya nikmat
Namun ‘dia' kekal begitu
Masih ku biar berkecai
Apakah perlunya ‘dia'
Datang bagaikan mutiara?
Agar aku lebih menghargainya...
Baru semalam aku tersedar
Hakikat kerasnya ‘hatiku'
Umpama ketulan batu
Kebal tanpa berubah
Kaku tanpa berganjak
Walau sering ‘dia' diketuk
Namun aku tetap menuli
Datang kepadanya
Pergi daripadanya
Namun aku tetap begitu
Masihku biarkan kaku
Apakah perlunya ‘dia'
Datang bagaikan pasir?
Agar aku lembut menerimanya...
Baru semalam aku tersedar
Hakikat lemahnya ‘dakwahku'
Umpama desiran ombak
Lemah tidak berkudrat
Longlai memukul pantai
Walau ombak sering bertandang
Namun pasir tetap utuh
Datangnya ‘aku'
Perginya ‘aku'
Namun kau tetap di situ
Masih enggan mengikutiku
Apakah perlunya ‘aku'
Datang bagaikan badai?
Agar kau datang bersamaku...

Iman adalah Mutiara

" DEAN LIST " kerana Allah

Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah berselubung duka.
Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali saya memandang seperti tidak ada yang silap.
Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di situ.

Matlamat yang disalahertikan

Bagi kebanyakkan pelajar tahun 1 di sini, dan saya percaya di mana-mana pun, semua orang akan meletakkan target, "Sekurang-kurangnya, Dean list". Saya juga pernah meletakkan target sedemikian.
Timbulnya pendapat seperti di atas membuat aku sedikit lega. Tak dapat Dean list pun tidak mengapa. Janji, aku belajar kerana Allah. Namun aku tertanya-tanya, salahkah belajar kerana Dean list? Tidak bolehkah kita belajar kerana Allah dan dalam pada masa yang sama mendapat Dean list?
Pernah dikisahkan tentang seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul satu persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah?
Ulama bersependapat mengatakan beliau berperang kerana Allah. Ini kerana, beliau yakin dengan balasan Allah janjikan iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji-janji Allah.
Begitu jugalah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahukan akibat yang baik, ada syarat-syaratnya. Mahukan akibat yang kurang baik, ada syarat-syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?
Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, Dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?

Matlamat dan usaha

Tersebutlah kisah seorang pelajar yang terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya, "Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan niatnya. Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah. Maka hatinya berkata, "Mungkin aku tidak cukup ikhlas".  Kehidupannya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.
Dimana silapnya?
Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang silap. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?
Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Andai masih gagal sedangkan sudah berusaha. Itu maknanya, usaha kita belum cukup. Masih ada ruang untuk berusaha.
Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya Tuhan yang dipersalahkan. Usah kita lupa, sunnatullah yang Allah tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Kesimpulan

Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam.

InsyaAllah Nahnu fi Najah

Tuesday, 25 September 2012

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

Assalamualaikum w.b.t.. rasenye blog ni belum ade cerita yg ana karang sendiri kan?? selama ni pon just share ape yg menarik utk dikongsikan brsama kwn2.. em,, maklum la org yg suka menulis blog adalah org yg suke menulis diari.. btol x?? but not me..hehe.. tp skrg ana bljr sikit2 slps sekian lame blog ni ana simpan buat pekasam.. bkn ape,, ana start buat blog ni time kerja smntara lepas habis spm..bile ade mase lapang ana bukak la tp x tau nk update psl ape..hehe..then da msk u baru trfikir nk update blog ni..nasib baik still ingat password lg..klau x,, ana x tau la nak kata ape..mmg innalillah la jwbnye blog ni..huhu.. alhamdulillah,, smgt utk menulis blog dtg after ade someone yg memberi support to me..insyaAllah ana akan cube berkongsi ape yg ana mampu,, al ilmu bila amalin ka syajaratin bila tsamarin (ilmu tanpa amal ibarat pohon yg tdk berbuah)..


Ana tertarik dgn satu petikan ni,, " sesungguhnya Allah SWT tdk akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah keadaan yg ada pd diri mereka sendiri.." (surah Ar-Ra'd ayat 11). erm, di sini ana selitkan lagu yg dinyanyikan oleh maher zain tajuknye 'open your eyes'.. same2 kita hayati sekejap!! ~_^ ..



sangat mendalam maksud lagu ni kan?? kita hanya perlu buka mata, hati dan minda kita utk melihat kekuasaan Allah SWT.. Allah telah menurunkan al-Quran sebagai pedoman hidup kita,, di dalamnya mengandungi smua petunjuk ke jalan kebenaran,, iaitu ke jalan syurga Allah.. jadikanlah al-Quran sebagai teman hidup kita,, insyaAllah kita akan rase sentiasa dekat dgn Allah.. bkn tu je,, kita akan dpt ketenangan yg tak dpt dgambarkan dgn keindahan ayat2 suci Allah..kdg2 ana hairan dgn segelintir manusia yg mengejar keseronokan duniawi,, tdkkah mereka tahu azab yg dah terlalu byk Allah tunjukkan?? ana sedih..sedih sgt memikirkan dunia yg hampir kiamat..dah terlalu dekat sgt pdhl blum cukup lg amalan yg ade dlm diri ini sbgai bekalan akhirat..masyaAllah.. x tergambar rasenye saat bumi dan seluruh alam ini hancur berkecai..hanya Allah yg tahu bila terjadinya hari itu,, kita sebagai hamba-Nya perlu bertungkus-lumus menyiapkan diri utk menghadapi hari itu.. muhasabahlah diri kita sendiri,, jgn tggu sehingga nasi dah menjadi bubur.. mase tu nk menyesal mmg da terlambat..


Erm, rasenye sampai sini dulu ana menulis.. insyaAllah,, klau ade mase lg ana update tp x bleh jamin bila tau..hehe..maklum la org baru bljr..klau salah tlg tegur tau.. ana minta diri dulu.. maas salamah wa ilalliqa'.. wallahualam..assalamualaikum.. <((^_^))>

Followers