Monday, 29 October 2012

Allah sentiasa menolong kita..<((^_^))>

Kelihatan seorang pemuda mengorak langkah perlahan-lahan di atas padang hijau sambil rambutnya dibiarkan beralun-alun ditiup angin. Di tangan kanannya kelihatan benda lembut yang berwarna putih. Mungkin kopiah. Riak wajahnya tenang, setenang air di laut. Bibirnya bergerak-gerak, seakan-akan menutur sesuatu. Zikir mungkin! Pemuda itu berjalan lagi di bawah teduhan langit Yang Maha Esa. Barangkali sedang menikmati indahnya alam ciptaan Allah swt.

Sedang dia berjalan-jalan, langkahnya tiba-tiba terhenti di sebuah pokok yang agak rendang. Yang menariknya di bawah pokok itu terdapat seorang lelaki yang memakai baju sekolah sedang bergumam sendirian. Mungkin itu yang menarik minat pemuda itu untuk mara ke situ. Lalu pemuda itu menghulurkan salam tanda sapaan.


Pemuda : Assalamualaikum wbt adik..(pemuda itu memaniskan mukanya)

Pelajar itu mendongak ke arah pemuda itu sebentar cuma, kemudian dia menundukkan wajahnya tanpa menjawab salam yang dihulurkan. Tubir matanya merah, sisa tangisnya jelas kelihatan di pipi.  Pemuda itu sempat melihat di hadapan pelajar itu terdapat skrip keputusan peperiksaan SPM. Mungkin keputusannya kurang baik. Pemuda itu seakan faham kondisi pelajar lelaki tersebut.

Pemuda : Boleh abang duduk sini?

Pertanyaan pemuda itu masih tidak terjawab. Lalu pemuda itu mengambil tempat di sebelah pelajar tersebut tanpa menunggu keizinan budak tersebut.

Pemuda : Kecewa dengan result ye??

Bersahaja pemuda itu melontarkan soalan. Dia sengaja berbuat demikian supaya pelajar tadi menjadi responsif. Pelajar itu memandangnya.

Pelajar : Bukan! Kecewa dengan Tuhan!

Owh, fahamlah pemuda itu bahawa pelajar tadi menyalahkan Allah kerana tidak dapat keputusan cemerlang. Masalah besar ni jika tidak diperbetulkan.

Pelajar : Saya bermati-matian belajar sebelum exam. Saya fokus sepenuhnya pada pelajaran. Tapi kenapa ini yang saya dapat?! Sedang kawan-kawan saya yang bermain-main dapat lagi cemerlang. Kenapa???!! Tidak cukup lagikah usaha saya selama ini! Kenapa Allah tidak mahu menolong saya!!

Pemuda itu mendengar tiap luahan pelajar tersebut. Kemudian dia tersenyum.

Pelajar : Kenapa abang senyum? Kalau abang nak persendakan saya baik abang pergi dari sini(raut mukanya seakan marah)

Pemuda : Adik ni kelakarlah. (bibirnya tidak lekang dengan senyuman)


Pelajar : Tak guna cakap dengan abang. Saya tengah bengang dengan result, boleh pulak abang kata saya kelakar. (kata-kata pelajar tersebut kian kurang manis)


Pemuda : Adikk...sedapnya bahasa(senyum lagi)..Tak la, adik cakap yang Allah tidak mahu menolong adik bukankah kelakar tu..


Pelajar : Lar..apa yang kelakarnya, saya boleh kira dengan jari berapa kali je Allah tolong saya. Abang tak kan faham perasaan saya.(tiba-tiba nada pelajar itu berubah menjadi sebak)

Pemuda : Adik, nak tanya? Adik datang sini siapa yang tolong? Allah bukan. Apa adik ingat tanpa pertolongan Allah adik akan berada di sini. Cuba lihat diri adik, apa yang ada di badan adik tu semuanya berfungsi dengan keizinanNya. Udara yang adik sedut tu, siapa yang bagi? Adik tak perlu bayar pun kan bila nak sedut oksigen.. Adik tahu tak setiap zarah yang berada atas muka bumi ini adalah kerana kasih sayangNya. Kalau nak dihitung dengan jari nikmat dan pertolongan daripada Allah tu, memang tak terhitung dengan luasnya langit lebarnya bumi. Allah itu Maha Memberi Pertolongan. Tak ke kelakar bila adik sebut adik boleh kira dengan jari pertolongan Allah tu.

Pelajar tadi berdiam diri. Mungkin memproses segala kata-kata yang keluar dari bibir pemuda di hadapannya.

Pemuda : Adik, tidak adil jika kerana adik tidak berjaya kali ini adik menyalahkan Allah kerana terlalu banyak kurniaan yang Allah berikan pada kita, tapi pernahkah kita bersyukur? Bila kita susah kita suka merungut itu ini, tapi bila kita senang adakah kita ingat pada DIA?? Adik kena yakin dengan janji-janji Allah. Allah melihat usaha-usaha hambaNya dan bukannya melihat hasilnya. Keputusan itu bukanlah janji yang menutup ruang hidup adik semuanya, sebaliknya itulah permulaan adik untuk mencari makna sebenar kehidupan kita di dunia ini. Setiap cubaan yang diberikan Allah itu ada hikmahnya. Mungkin sekarang Allah belum kabulkan lagi, sebab Allah sudah ada perancangan yang terbaik buat adik. Percayalah!

Pelajar tadi memandang pemuda itu dengan pandangan yang penuh pengharapan. Kemudian dia menjatuhkan wajahnya. Air mata lelakinya jatuh lagi. Dia sedar betapa selama ini kurangnya syukur pada Allah. Dia mula menghitung betapa dirinya sangat jauh dengan Allah namun Allah masih membantunya dalam kehidupan sehari-hari.

Pelajar : Terima kasih abang..(bibirnya mula tersnyum)

:: Moral ::
Kita selalu merungut dan meyalahkan Allah swt bila Allah swt tidak menolong kita, walhal Allah itu Maha Penolong...Terlalu banyak pertolongan yang sudah diberikan, namun manusia yang tidak pernah menghargainya dan sedar akannya..Allah itu Maha Teliti perancanganNya dan DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..Kita wajib bersangka baik pada Allah swt..wallahuallm

_______________________________________________________________ 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri- 

Wednesday, 24 October 2012

Sekuntum Kasih Zulhijjah


Alhamdulillah.., sedar tak sedar kita dah pun tiba pada hari kemuncak bagi jemaah haji seluruh dunia iaitu tanggal 9 zulhijjah 1433H atau lebih dekenali dengan Hari Arafah...Dimana kita semua tahu bahawa sesiapa yang berpuasa sunat pada hari tersebut ( Hari Arafah ) akan diampunkan dosa nya bagi setahun yang lepas dan setahun yang akan datang..Bukan itu sahaja,sesungguhnya hari arafah pada tahun ini jatuh pada hari khamis,maka beruntunglah kita kerana sekiranya kita berpuasa pada hari tersebut kita akan peroleh 2 pahala ( bagi muslimin ) dan 3 pahala ( bagi muslimat ) kerana kita dibolehkan untuk berniat bagi puasa sunat arafah,sunat khamis dan qada' ( bagi muslimat khususnya )..

            Namun, tujuan ana menulis pada hari ini sebenarnya adalah ingin berkongsi sebuah tajuk mengenai Pengorbanan . Apa yang kita tahu mengenai pengorbanan adalah satu usaha bagi seorang hamba untuk mendekati khaliqnya ( pencipta ) dengan segala amalan yang ikhlas..Jika kita kembali semula kepada sirah - sirah para anbiya, para sahabat, para tabi'in, para tabi' tabi'in, kita akan dapati bahawa segala pengorbanan yang telah mereka lakukan sungguh tidak terkira. Terutama pengorbanan mereka untuk membangunkan agama Allah yang mulia yang mana pada suatu ketika dahulu pernah jatuh dan bangkit kembali. Tetapi kita janganlah sesekali melihat kepada apa yang telah ISLAM sumbang dan korbankan kepada kita, kita seharusnya berfikir sejenak tentang apa yang telah kita sumbang dan korbankan bagi membangunkan lagi agama Islam di muka bumi ini dan bagaimanakah cara untuk menghapuskan segala anasir dan musuh - musuh yang ingin menjatuhkan imej Islam terutamanya dinegara Malaysia ini. 

          Marilah kita bermuhasabah buat seketika waktu,kita fikir dan bayangkan...apakah PENGORBANAN yang terbesar yang pernah kita lakukan.?? Adakah kita korbankan waktu tidur kita untuk bertahajjud atau sebagainya.??

Cuba kita bandingkan pengorbanan yang kita lakukan ini dengan pengorbanan Ibrahim a.s yang sanggup dicampak ke dalam api dan hampir menyembelih anaknya Ismail a.s demi memenuhi perintah Allah s.w.t.,, atau pengorbanan Musa a.s dan pengikutnya yg dikejar oleh Firaun yang bongkak atau pengorbanan Zakaria a.s yang sanggup menunggu bertahun-tahun demi untuk mendapatkn sorg zuriat...ataupun pengorbanan seorang kekasih Allah iaitu NabiMuhammad s.a.w yang sanggup berkorban menyebarkan agama dan mengingatkan umatnya walaupun disaat nyawa dihujung badan bagi memastikan kita merasai nikmat ISLAM yang ada pada hari ini.....

Bersyukur la dengan apa yg kita ada dan hargailah pengorbanan mereka....

Thursday, 18 October 2012

Kelebihan Surah Al-Kahfi

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalamualaikum w.b.t ya akhi wa ukhti.. semoga sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Subhanallah,, pada hari jumaat iaitu penghulu segala hari yg penuh dengan keberkatan-Nya,, ada sesuatu yang ana nak kongsikan....ha tgk tajuk tu mesti la da tau kan..hehe..ok jom...


Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.



“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH SWT terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. 
(HR Muslim 809)

Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadis-hadis yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadis yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Shahihnya :
Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an.
Rasanye tak panjang mane pon kan..klau kita boleh menghabiskan masa berjam-jam untuk main game, menonton tv, or berfacebook,,, why not kita luangkan masa sekejap untuk bace ayat-ayat suci Allah yg sgt indah..insyaAllah sama-samalah kita mencari redha Allah SWT..wallahualam..

Wednesday, 17 October 2012

Oppa Gangnam Style


"Argghh! Please, jangan berani-berani tengok Gangnam Style!"
Ya. Itulah yang terlintas di hati ketika pertama kali melihat Oppa Gangnam Style yang semakin dikenali sekarang ini. Pada mulanya, buat endah tak endah. Buat-buat tidak tahu. Sebab namapun pelik. Tapi, bila ramai orang selalu sebut pasal ni, stiap kali online ada saja yang borak-borak pasal ni, maka mulalah jari ini gatal-gatal mengklik perkataan Gangnam Style dalam peti yang disediakan oleh uncle google.
Yeaahh. Terus masuk ke YouTube.
Taarraaaaaaaaaaaaa.. haa ambek kau!
*gambar aksi gangnamstyle
"Ohhhhh! Ini rupanya. Eysh, geli.
Apa yang special? Mengapa diikut trend yang gila-gila ini?"
Rasa menyampah? Satu lagi elemen perosak datang menerjah.
"Hmm.. habislah aku dan kawan-kawanku."
Kepada sahabat-sahabat yang belum pernah melihat aksi gangnam style ini, saya nasihatkan janganlah tengok. Jangan tengok. Bahaya! (hurm.. kalau larang macam ni, kompem ramai yang akan tengok juga. Biasalah.. Remaja 'Ingin tahu'..)
"Bahaya? Mengapa pulak?"
Yups. Seriously bahaya! Apabila anda melihatnya, Virus OppaGangnamStyle (OGS) akan menyerang diri anda. Virus itu sangat licik dan kuat! Kalah Virus Trojan! Saat mata-melihat dan telinga-mendengar bergabung menghayati aksi OGS yang ditunjukkan, tangan anda akan mula bergerak-gerak, bersatu dan dihayun-hayun. Kaki pula akan terkangkang, terjingkit-jingkit. Terkedek-kedek macam itik. Gayapun lucah. Meloyakan. Huuuhh.. sekejap saja, terus berjangkit!
Kalau anda berjaya untuk mengelak daripada virus itu sekalipun, saya percaya selingan lagu yang rancak itu pasti akan menyelinap masuk ke dalam memori otak anda. Beberapa lirik yang entah-apa-maksudnya akan dihafal secara tiba-tiba. Mulut juga akan tergerak untuk menyanyi secara tiba-tiba. Sama-sama menyebut "Oppa Gangnam Style!" seiring mengikut rentak.
Hebatkan virus OGS? Maka.. janganlah tengok.
Kalau berdegil sangat, mahu tengok juga, maka saya nasihatkan sebelum melihat aksi gila-gila itu, mohonlah perlindungan Allah SWT daripada Syaitan yang direjam dengan membaca Ta'awuz berulang-ulang kali.
"Aku berlindung pada Allah daripada syaitan yang direjam."
Diharapkan semoga ayat yang dihayati itu (Bukan sekadar sebut di bibir) mampu menjadi protector untuk melawan virus OGS tersebut.
Kemudian, apabila melihatnya.. lihatlah dengan pandangan hati. Jangan lihat dengan pandangan nafsu. Beristighfarlah banyak-banyak. Mohon keampunan daripada Allah. Pastikan kita termasuk dalam golongan yang mengatakan;
"Ini akhlak buruk! Tidak boleh dicontohi!
Rasulullah tidak pernah ajarpun!"
Persediaan Antivirus untuk Diri
Begitulah. Mahu tidak mahu, kebenaran wajib ditegakkan! Pahit? memang pahit. Kepahitan yang terpaksa ditelan ini diharapkan mampu menjadi penawar untuk penyakit yang semakin menular dalam kalangan masyarakat ketika ini. Terutamanya golongan remaja. Mudah saja virus-virus yang merosakkan akhlak masuk ke dalam darah anak muda masa kini.
Perhatikanlah di sekeliling kita. Budaya-budaya yang menjatuhkan moral sudah mula diikuti oleh golongan remaja. Trend-trend yang pelik-pelik mula diminati. Penampilan diri yang luar biasa pelik juga mula digayakan dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki. Paling teruk, gaya hidup islam dikatakan kuno. Tidak moden. Semakin dipinggirkan. Aduh..
Akhlak diri pula, semakin hari semakin jauh daripada nilai-nilai islam.
Semuanya kerana apa? Kerana ramai remaja telah jatuh sakit. Terkena virus-virus N&S (Nafsu dan Syaitan).
Kepada remaja-remaja diluar sana termasuk diri saya, periksalah kesihatan akhlak kita sekarang.
Ketahuilah bahawa Virus-virus N&S dan yang sewaktu dengannya sedang menular ketika ini. Merebak. Merebak. Dan terus merebak tanpa henti. Bukti yang paling jelas, tepat dan terkini ialah Virus OppaGangnamStyle. Apabila kita lihat YouTube, bilangan orang yang menyaksikan Gangnam Style sudah mencecah lebih 100 juta. Tengok? Banyak tuuu.. kalau anda share dgn kawan-kawan, bertambah teruklah jadinya. Akan ramailah kawan-kawan yang akan jadi mangsa.
Jika anda sayangkan diri, keluarga, kawan, jiran dan masyarakat sekililing, jangan share video tersebut. Ketahuilah, setiap share membawa padah.

Yang paling penting, apabila tertengok video itu, jangan sesekali terdetik di hati mahu melakukan aksi yang sama. Jangan berani-berani menggenggam tangan anda. Pastikan sentiasa terbuka. Jaga kaki anda betul-betul. Jangan biarkan terkangkang tanpa disedari. Ini amaran awal!
Jika tersilap langkah, confirm virus itu akan menyerang tanpa henti. Tabiat anda selaku manusia normal akan berubah. Tidak lagi normal. Anda akan menari dengan tangan-digenggam-dihayun-hayun-ke-hadapan-sambil-menyebut-OppaGangnamStyle. Lebih-lebih lagi kalau ada rakan yang menyokong dan melakukan gaya yang sama, maka aksi anda menjadi jauh lebih meletop. Kadang-kadang beruk dan monyet pun terasa cemburu sebab tak pandai buat macam anda.
Begitulah kehebatan virus OGS apabila berjaya menarik nafsu manusia. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam kelompok yang cepat terpengaruh dan dicemburui oleh beruk-beruk di luar sana.
Sebelum virus-virus N&S yang lain datang menyerang, persiapkanlah diri dengan antivirus yang kuat. Apa antivirus yang kuat dan berkesan?
"IMAN" bukan sekadar percaya Tetapi Yakin
Ya. Keimanan kepada Allah 'Azza Wa Jalla. Itulah antivirus yang paling berkesan. Tidak ada yang lain. Walau sebanyak manapun virus yang datang, walau sekuat manapun virus yang menyerang, "IMAN" akan menjadi antivirus terbaik untuk melawan. Kemenangan akan berpihak kepada mereka yang beriman. Namun, bukan sekadar 'percaya' tetapi 'yakin' hanya Allah dapat memelihara kita daripada virus-virus tersebut.
Orang-orang beriman sahaja yang mampu memiliki sistem pertahanan diri yang mantap! Buktinya, mereka tidak mudah terpengaruh dengan sebarang perkara yang merosakkan. Apa-apa aktiviti yang tidak bermanfaat lagi sia-sia terus ditinggalkan. Benda lagho dibuang ke tepi. Tidak dilayan.
"Biar betul?"
Ya. Betul. Allah SWT sendiri mendedahkan rahsia ini.
"Sesungguhnya menanglah (berjayalah) orang-orang yang beriman.Yang khusyu' dalam solatnya. Dan (iaitu) orang-orang yang menjauhkan diri daripada benda lagho (perbuatan dan perkataan) yang sia-sia (tidak berfeaedah).
(Surah an-Nur ayat 2-3)
Nampak kaitannya di situ? Jelas bukan?
OGS adalah amalan yang jelas-jelas merosakkan akhlak. Malah langsung tidak bermanfaat. Sia-sia. Maka orang-orang yang beriman pasti akan menjauhkan diri daripadanya. Sebaliknya, orang-orang yang tidak ada antivirus IMAN yang mantap dan terbaik dari ladang, pasti akan sanggup mengikuti dan menyokong OGS tersebut.

"Apa bukti antivirus IMAN itu sudah ada dalam diri?"
Mudah saja. Apabila antivirus iman sudah dimasukkan ke dalam diri, perasaan aneh akan muncul serta merta. Otak, jantung, paru-paru, hati, tulang belakang dan seluruh anggota badan akan mula merasakan sesuatu yang sangat luar biasa. Apa yang dirasa?
"ketenangan".
Ya, ketenangan yang terhasil melalui antivirus Iman yang membuahkan rasa cinta kepada Allah. Apabila diri sudah jatuh cinta dengan Allah, segala-galanya sanggup dilakukan. Demi cintaNya.. apa yang Allah suruh, bersungguh-sungguh dikerjakan. Apa yang Allah larang, bersungguh-sungguh ditinggalkan. Itulah ketenangan yang betul-betul membahagiakan. Apabila Allah datangkan ujian, diri akan mampu menempuhnya dengan sabar dan syukur.
Berbalik pada OGS tadi, kemunculan gaya gila-gila OGS merupakan ujian buat kita semua. Sama ada kita kalah lalu terikut-ikut atau kita menang lalu terselamat, semuanya bergantung kepada antivirus IMAN. Bagi orang-orang yang beriman, ujian ini merupakan perkara biasa dalam hidup mereka. Mereka tahu bahawa bahawa kekuatan cinta mereka terhadap Tuhan mereka sedang diuji.
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. 
(Surah ayat 2-3)
Oleh sebab itu, apabila ujian virus OGS datang, mentah-mentah orang beriman akan menolaknya dan mengiktiraf bahawa gaya ini bukan gaya yang disukai Allah. Bukan gaya yang patut dicontohi. Kerana mereka sudah yakin bahawa akhlak yang terbaeek untuk diteladani adalah akhlak rasulullah SAW.
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah." 
(Surah ayat 21)
Sama-samalah kita pelajari dan mengamalkan akhlak yang ditunjukkan oleh rasulullah SAW sepertimana yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah baginda. Mudah-mudahn kita termasuk dalam golongan yang mencintai peribadi baginda SAW. Bukan mencintai budaya dan cara hidup yang selainnya. Kerana di akhirat kelak kita akan bersama dengan orang-orang yang kita contohi dan sayangi.
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
""Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dikira daripada kaum tersebut" 
(Riwayat Abu Daud, no: 4031, al-Tabraniy di dalam al-Awsath)
Rasulullah SAW bersabda lagi;
"Seseorang itu akan bersama orang yang cintainya di akhirat kelak." 
(Riwayat Imam Bukhari)
Jelas bukan? Ya.. cukup jelas.
Mahu ikut Rasulullah atau GangnamStyle? Atau Korea-korea? Atau selainnya?
Pilihan di tangan anda!
Akhir sekali, hayatilah firman Allah 'Azza Wa Jalla ini;
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesebuah kaum itu selagi mana mereka tidak mengubah keadaan mereka sendiri." 
(Surah ar-Rad ayat 11)

Bagaimana hendak 'Bertudung Labuh'??



TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh

1 ) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2 ) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.
3 ) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4 ) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).
5 ) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
6 ) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7 ) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
8 ) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^
9 ) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10 ) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.

Tuesday, 2 October 2012

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA



BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu
LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....

Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

Followers