Alhamdulillah.., sedar tak sedar kita dah pun tiba pada hari kemuncak bagi jemaah haji seluruh dunia iaitu tanggal 9 zulhijjah 1433H atau lebih dekenali dengan Hari Arafah...Dimana kita semua tahu bahawa sesiapa yang berpuasa sunat pada hari tersebut ( Hari Arafah ) akan diampunkan dosa nya bagi setahun yang lepas dan setahun yang akan datang..Bukan itu sahaja,sesungguhnya hari arafah pada tahun ini jatuh pada hari khamis,maka beruntunglah kita kerana sekiranya kita berpuasa pada hari tersebut kita akan peroleh 2 pahala ( bagi muslimin ) dan 3 pahala ( bagi muslimat ) kerana kita dibolehkan untuk berniat bagi puasa sunat arafah,sunat khamis dan qada' ( bagi muslimat khususnya )..
Namun, tujuan ana menulis pada hari ini sebenarnya adalah ingin berkongsi sebuah tajuk mengenai Pengorbanan . Apa yang kita tahu mengenai pengorbanan adalah satu usaha bagi seorang hamba untuk mendekati khaliqnya ( pencipta ) dengan segala amalan yang ikhlas..Jika kita kembali semula kepada sirah - sirah para anbiya, para sahabat, para tabi'in, para tabi' tabi'in, kita akan dapati bahawa segala pengorbanan yang telah mereka lakukan sungguh tidak terkira. Terutama pengorbanan mereka untuk membangunkan agama Allah yang mulia yang mana pada suatu ketika dahulu pernah jatuh dan bangkit kembali. Tetapi kita janganlah sesekali melihat kepada apa yang telah ISLAM sumbang dan korbankan kepada kita, kita seharusnya berfikir sejenak tentang apa yang telah kita sumbang dan korbankan bagi membangunkan lagi agama Islam di muka bumi ini dan bagaimanakah cara untuk menghapuskan segala anasir dan musuh - musuh yang ingin menjatuhkan imej Islam terutamanya dinegara Malaysia ini.
Marilah kita bermuhasabah buat seketika waktu,kita fikir dan bayangkan...apakah PENGORBANAN yang terbesar yang pernah kita lakukan.?? Adakah kita korbankan waktu tidur kita untuk bertahajjud atau sebagainya.??
Cuba kita bandingkan pengorbanan yang kita lakukan ini dengan pengorbanan Ibrahim a.s yang sanggup dicampak ke dalam api dan hampir menyembelih anaknya Ismail a.s demi memenuhi perintah Allah s.w.t.,, atau pengorbanan Musa a.s dan pengikutnya yg dikejar oleh Firaun yang bongkak atau pengorbanan Zakaria a.s yang sanggup menunggu bertahun-tahun demi untuk mendapatkn sorg zuriat...ataupun pengorbanan seorang kekasih Allah iaitu NabiMuhammad s.a.w yang sanggup berkorban menyebarkan agama dan mengingatkan umatnya walaupun disaat nyawa dihujung badan bagi memastikan kita merasai nikmat ISLAM yang ada pada hari ini.....
Bersyukur la dengan apa yg kita ada dan hargailah pengorbanan mereka....
No comments:
Post a Comment